col Me

Ahad, 13 November 2011

13 Tahun Mencari Cinta ( part 2)

sambungan part 1.............

Tapi keesokannya (5 Jun) adiknya membalas komen saya dengan jawapan yang positif dan tidak lama selepas itu, tuan blog itu pula menjawab segala persoalan saya dengan menghantar email peribadi kepada saya. Sah! itu adalah dia, Ahmad Thaariq, kawan yang telah 12 tahun terputus hubungan dengan saya. Sempatlah kami berbalas 2, 3 email. Kemudian saya menyepi semula kerana perlu studi. Keesokannya, saya pergi menjawab final exam dengan lapang dada dan gembira. Dan saya lulus dengan jayanya.
Yang saya tahu tentang dia, dia sedang menyambung Ijazah Sarjananya dalam bidang Remote Sensing di UTM Skudai, meminati bidang fotografi dan seorang computer geek! Tiga perkara ini betul-betul membuatkan saya tersenyum seorang pada waktu itu.
Apabila sudah kembali ke Malaysia, kami hanya kadang-kadang bertegur sapa di Facebook saja. Saya sangat sibuk pada waktu itu. Jadi saya tak berapa layan sangat Facebook. Lagi pula, dia pun bukanlah satu kepentingan pun dalam hidup saya. Sehinggalah seminggu sebelum hari lahir saya pada tahun 2010, ada seseorang datang meminang. Haha. Ini agak lucu.

*Ustaz itu betul-betul buat saya berada dalam dilema. Saya tak mahu tapi apa alasan terbaik saya ya? Hehe. Istikharah punya istikharah, sehinggalah malam hari lahir saya itu, saya mendapat mesej daripada Thaariq. Dia mengucapkan selamat dan memberikan sekeping gambar hadiah buat saya. Gambar pemandangan bintang-bintang yang diambilnya ketika di Dubai. Dia buat saya terfikir. Thaariq itu maksudnya 'Yang Datang Di Malam Hari' dan antara lain maksudnya ialah 'Bintang'. 

 
Saya tenung gambar bintang-bintang itu lama-lama. Tiba-tiba hati terdetik. "Kenapa dia satu-satunya yang muncul mengucapkan selamat hari lahir di tengah malam sunyi ini? Apa kaitannya dengan istikharah saya?"
Tapi segalanya masih tidak jelas. Memang tiada apa-apa perubahan dalam hidup saya mahupun dia. Sehinggalah sekitar bulan Februari 2010, ada majlis di sekolah rendah saya dulu. Sebagai bekas pelajar, saya diberikan amanat oleh mudir (guru besar) saya untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar yang telah tamat belajar untuk datang ke sekolah untuk menjalankan program bersama-sama murid-murid di sana. Saya mengumpulkan beberapa nama dan menghubungi mereka secara peribadi. Saya turut menghubungi Thaariq untuk mendapatkan kata putus kehadirannya. Tapi sebaik berada di talian dengannya, saya jadi serba tak kena. Berderau darah nak bercakap dengannya. Sudahnya, saya bercakap seperti butir peluru yang laju. Haha.

*Lebih kurang sebulan selepas itu, saya post-call pada petang itu, tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripadanya. Cuak saya untuk menjawab panggilan. Serba tak kena rasa. Puas berfikir kenapalah dia tiba-tiba menelefon ni. Rupa-rupanya dia menelefon untuk mendapatkan nasihat berkaitan kawan serumahnya yang patah tulang bahu. Kebetulan saya pada waktu itu berada dalam posting Orthopedic. Itu sebabnya dia menelefon saya. Hahaha. Gelabah tak memasal, kan. Tapi sejurus selepas itu saya lihat dia meng-update status baru di Facebooknya: I just called to say hello =)
And it really means something to me.
Sejak itu, saya lihat dia mula meletakkan status-status berbahasa Rusia di Facebooknya. Pelik juga. Mana dia tahu ayat-ayat ni semua. Ayat-ayat yang dipilihnya manis-manis belaka. Huhu. Kiranya, kalau kamu tidak faham bahasa itu, payahlah untuk kamu tangkap maksudnya. Dalam hati saya terfikir: Aik aik, dia tujukan kepada siapa ni? Cool down, Sarah. Dia main-main je ni. Haha. Waktu itu saya geram juga dengan dia ni. Saja nak memerangkap saya dalam kekeliruan. Sebab setakat yang saya tahu, mana ada siapa dalam rangkaian Facebooknya yang memahami Bahasa Rusia melainkan saya. Aishh. Memang nak kena cepuk dia ni, kan. Hehe.
Saya pula ketika itu kalau meng-update status di Facebook, saya lebih gemar meletakkan sebaris lirik lagu atau nasyid yang terkesan di hati saya. Tapi pendek kata, semuanya lagu atau nasyid lama yang tidak berapa orang ingat dah. Tapi dengan senangnya dia cam dan merespon di status itu dengan menyambung lirik tersebut. Ajaib juga. Mana dia tahu ni? Dia google ke apa? Huhu.

*Pada masa yang sama, saya lihat dia acap kali meletakkan status yang berbaur tertekan dan sudah malas dengan program Master-nya. Sedih juga bila melihat seorang kawan yang seperti mengeluh hampir setiap hari tentang hal yang sama. Waktu itu saya tidak berani lagi untuk respon di status-statusnya. Saya kerap 'diserang' oleh kawan-kawan rapatnya. Hehe. Jadi saya menghantar SMS kepadanya supaya bertahan dan bersabar sikit lagi untuk menyudahkan apa yang sudah dia mulakan. Tahu sajalah saya ni macam mana, kan. Pantang orang berundur separuh jalan. Saya katakan padanya, pastinya sudah ramai yang menasihatinya dengan perkara yang sama tapi jawabnya: Nop, only you.

Ohoo~ Sampai ke hari ini saya masih menyimpan mesej tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan