col Me

Sabtu, 9 Julai 2011

Komik Pengajaran

Berbohong dan Menghampiri zina 

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)


Jauhi Riak
PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali."
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)




Komik Paris life
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
          Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.



Jumaat, 8 Julai 2011

Bina pokok pangkal akronim ABC

 Anda bole? try la pada nama sendiri..


A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
B - Baik atau buruk sesuatu itu pasti ada hikmahnya
C - Carilah kebahagiaan hakiki sebelum mati menjemput diri
D - Dunia ini ujian sementara untuk semua
E - Elakkanlah diriku dari kekufuran dan kelalaian
F - Falah(kejayaan) pasti milikku
G - Gagal bukan penghujung buat diriku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
J - Jalan yang ku pilih ialah jalan yang benar
K - Kerana ALLAH aku hidup dan berjaya
L - Laluan berliku sekalipun akan ku tempuhi
M - Mati itu pasti dan aku tidak takut akannya
N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
O - Orang yang berilmu dan bertakwa itu kawanku
P - Pandanglah aku kerana kebaikan bukan kerana keburukan
Q - Quran peganganku sepanjang hayat
R - Rapatkanlah diriku dengan tuhanku
S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
T - Tak mungkin aku kalah
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
V - Vaksin segala kesusahan ialah sabar
W - Walaupun aku kecil, aku boleh berjaya
Y - Yang memilih untuk berjaya atau gagal ialah aku
Z - Zahirku sentiasa hebat dan bagus

 sumber dari:
http://www.iluvislam.com/undefined/