col Me

Rabu, 30 Mac 2011

Bila Diri Ku Di Lamar

"awk sudi jd isteri sy?"

1 luahan yg ak x dpt bygkn..bkn skli, tp kali ini ak sgt ,m'ggil bila dgr lafaz dri teks dya...hati ini masih ragu apakah benar kata2 nya..atau cuma mainan kata2? ikhlaskah dya bertanyakan soalan sebegitu..
x begitu senang untuk ak nyatakan dengan hati yang terbuka...bukan saatnya lg..

"knpe awk tye kt sy?"
"sy perlukan jwpan dri awk.."

apa yang perlu aku reply ni..saat hati berbicara, perlukah aku menjawap soalan begini..belum cukup kuat hati untuk berkata ya atau tidak..hati masih ragu adakah engkau ikhlas tuk melafazkan nya.
Siapa dia di hati mu? takut untuk aku bertanyakan soalan itu...mungkin suatu hari nanti pasti aku mengetahuinya.

"Sy thu siapa sy, x sesuai tuk awk..sy x btol, da menyimpang.."
"awk sy x ckap pape pun..x ske bila awk ckap cam niy ! "

apa yang harus aku katakan ni, masih ragu2 dengan kepercayaan dan kata2 nya. Aku hanya percaya pd jodoh Allah.Harap kamu bole terime statement ini..hati yang mengharap. Percayalah jika ada jodoh kemana saja kita menghilangkan diri, suatu hari nanti pasti bertemu dan Allah pasti akan menjaga hubungan itu.

"klw awk jodoh sy?"
"jodoh kte x thukn, sume Allah tentukan..klw camtu nk x nk kne terime jgk.."

apa yang aku harus terangkan lagi pada dia, percayalah pd Nya. Saat tangan menggeletar menaip hati rasa takut dan sayup. Masih ragu2 dengan kata2 nya, adakah ikhlas terhadap apa yang diluahkan....

"sy akan berubah awk, demi diri sy.."

" :) "

"awk akan jadi pembakar semangat sy..."

kata2 yang penuh erti bt aku, x mahu berakhir dengan begini. Segalanya hanya pada Allah, semoga perubahan mu membawa erti untuk selamanya, jangan hanya kata2 kosong..jauhilah semua itu.
Tahu lah awak..kamu sentiasa dalam doa2 ku~

Ahad, 20 Mac 2011

Cara Rasulullah saw mengekalkan keharmonian rumah tangga

Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid
Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi
bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam 1 selimut tiba tiba
Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah,
"kerana saya haid". Sabda Rasulullah saw, “kalau begitu pergilah, lalu pakailah
kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalau berselimut dengan
baginda”.
(Hadis riwayat Said b Mansur)

Menyembur wangian pada bahagian aurat
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan
badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan
nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh
baginda.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Mandi bersama sama isteri
Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam 1
bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut".
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)
Menyikat rambut Nabi
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw,
ketika itu saya sedang haid.
(Hadis riwayat Ahmad)

Meminta isteri meminyakkan badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada
hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah.
(Hadis riwayat Ibn Asakir)

Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

Mencium isteri walaupun sebelum solat
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah
mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi
wuduknya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy &
Humaira (pipi merah delima)

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai
Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku,
hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang
menyesatkan”.
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas
1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda
mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali
baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan
darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang
dari tempat itu.
(Hadis riwayat Nasai)

Memberikan hadiah pada isteri
Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya.
"Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja
Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan.
Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing
masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda
tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Khamis, 17 Mac 2011

Sombongkah Aku...

Sombongkah sy?
Sombongkah sy kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkas awk?
Sombongkah sy jika membiar sepi YM dari awk?
Sombongkah sy jika hanya membiarkan panggilan dari awk berlagu tidak berjawab?

Ya,sy mungkin memang sombong.
Namun sy sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah sy membalas SMS awk kiranya luahan rindu yang awk ucapkan?
Perlukah sy membalas YM awk jika lafaz cinta yang awk ingin bicarakan?
Haruskah sy berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman. Hati ini hanya takut berlakunya zina

Maaf sy tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikap sy ini awk memanggil diri ini sombong, nah silakan.
Sy tidak peduli.
Jika kerana ini awk memandang sy seorang yang kolot
Sy masih juga tidak peduli

Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya hati ini mengikut kemahuanmu
Diri ini lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku

Tak usahlah takut jika tiada status "couple/berpasanagn",
Ketahuilah awk, Allah akan menjaga sesuatu hubungan itu jika ia dalam berkeadaan baik,
Sy buatkan semua ini untuk menjauhkan diri kita dari dosa zina,tak mampu rasanya untuk sama-sama kita menanggungkannya..

Dan sy sentiasa berdoa..Ya Allah jika dia benar untuk aku, dekatkan lah hatinya dengan hati ku agar antara kami sentiasa dalam redha dan petunjuk Mu Ya Allah,jika dia bukan tercipta untuk ku,tenangilah hati ku dengan ketentuan MU.....
Awk sentiasa dalam Doa Sy..amin~

Isnin, 14 Mac 2011

Siapakah Qarin

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya
qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan
membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Isnin, 7 Mac 2011

Jangan terlalu baik, nanti kau akan hinggap di hati ku...x nk mengharap dan dilukai

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”