Sombongkah sy?
Sombongkah sy kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkas awk?
Sombongkah sy jika membiar sepi YM dari awk?
Sombongkah sy jika hanya membiarkan panggilan dari awk berlagu tidak berjawab?
Ya,sy mungkin memang sombong.
Namun sy sombong bertempat!
Bukan pada semua.
Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah sy membalas SMS awk kiranya luahan rindu yang awk ucapkan?
Perlukah sy membalas YM awk jika lafaz cinta yang awk ingin bicarakan?
Haruskah sy berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman. Hati ini hanya takut berlakunya zina
Maaf sy tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikap sy ini awk memanggil diri ini sombong, nah silakan.
Sy tidak peduli.
Jika kerana ini awk memandang sy seorang yang kolot
Sy masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya hati ini mengikut kemahuanmu
Diri ini lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.
Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku
Tak usahlah takut jika tiada status "couple/berpasanagn",
Ketahuilah awk, Allah akan menjaga sesuatu hubungan itu jika ia dalam berkeadaan baik,
Sy buatkan semua ini untuk menjauhkan diri kita dari dosa zina,tak mampu rasanya untuk sama-sama kita menanggungkannya..
Dan sy sentiasa berdoa..Ya Allah jika dia benar untuk aku, dekatkan lah hatinya dengan hati ku agar antara kami sentiasa dalam redha dan petunjuk Mu Ya Allah,jika dia bukan tercipta untuk ku,tenangilah hati ku dengan ketentuan MU.....
Awk sentiasa dalam Doa Sy..amin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan